Khamis, 11 Januari 2018 | 7:21am

Gempa magnitud 4.7 landa Iran

BEIRUT: Satu gempa bumi kecil berukuran magnitud 4.7 melanda barat Iran, petang semalam, kata laman web rasmi badan kehakiman Iran.

Namun, tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi yang berlaku berhampiran Kermanshah.

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 yang melanda kawasan sama pada pertengahan November lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 530 orang dan mencederakan lebih 8,000 orang. - Reuters.

109 dibaca
Berita Harian X