Khamis, 11 Januari 2018 | 7:56am

Kapal perang langgar tembok pemecah ombak

BEIRUT: Dua anak kapal perang milik Iran dilaporkan hilang, selepas melanggar tembok pemecah ombak konkrit, di sebuah pelabuhan di Laut Caspian.

Menurut laman web Gilnegah, insiden membabitkan kapal Damavand sepanjang 100 meter itu berlaku di bandar pelabuhan Bandar Anzali ketika ribut yang menyebabkan ombak setinggi empat meter.

Kejadian itu menyebabkan enam anak kapal tercampak ke dalam laut, namun empat daripadanya berjaya diselamatkan.

Gambar yang dimuat naik di Gilnegah menunjukkan imej kapal perang yang rosak teruk berhampiran tembok pemecah ombak berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa mengenai jumlah anak kapal yang cedera atau terbunuh dalam kemalangan itu. - Reuters

1510 dibaca
Berita Harian X