Khamis, 11 Januari 2018 | 6:54pm

Tiga gempa bumi sederhana gegarkan Iran

TEHRAN: Siri gempa bumi berukuran sederhana menggegarkan Iran hari ini, tetapi tiada laporan mengenai mangsa atau kerosakan.

Gegaran paling kuat, berukuran 5.6 melanda wilayah Kermanshah berhampiran sempadan Iraq pada jam 10.29 pagi waktu tempatan, menurut pusat gempa bumi Iran.

Ia disusuli gegaran berukuran 5.4 di wilayah sama. Pada awal pagi ini, gempa bumi 5.1 menggegarkan wilayah Kerman di selatan Iran.

Stesen televisyen Iran melaporkan, pasukan kecemasan ditempatkan di kawasan terjejas tetapi tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan.

Republik itu dilanda beberapa siri gempa bumi sejak beberapa minggu ini.

Pada 12 November lalu, gempa bumi berukuran 7.3 mengorbankan 620 penduduk di Kermanshah dan lapan lagi di Iraq. - AFP

53 dibaca
Berita Harian X