Khamis, 11 Januari 2018 | 7:02pm
Gambar fail menunjukkan Nanette Castillo bersedih atas mayat anaknya Aldrin, pengguna dadah yang dikatakan dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali, di Manila. - Foto AFP

Lima maut dalam operasi dadah di Filipina

MANILA: Lima suspek dadah maut di Filipina hari ini, ketika pihak berkuasa menyambung semula kempen memerangi dadah yang mengundang amaran Presiden Rodrigo Duterte mungkin bertanggungjawab di atas jenayah kemanusiaan.

Polis membunuh hampir 4,000 suspek dalam tempoh 17 bulan pertama pentadbiran Duterte yang mengotakan janji kempennya untuk menghapuskan dadah daripada masyarakat negara itu.

Pembunuhan terbaru itu berlaku semalam di Bulacan, fokus utama kempen itu, yang menyaksikan lima suspek dibunuh.

Sebanyak 95 lagi ditahan dalam puluhan operasi, menurut laporan polis.

Lima kematian di Bulacan itu menyamai jumlah pembunuhan berkaitan dadah dalam masa lima minggu sebelum itu, menurut data rasmi.

Kempen berkenaan mencetuskan kontroversi di Filipina dan luar negara.

Kumpulan hak mendakwa polis rasuah membunuh penduduk tidak berdaya, memalsukan bukti, membayar pembunuh upahan untuk membunuh penagih dadah dan mencuri daripada mangsa.

Peguam Filipina memfailkan saman di Mahkamah Jenayah Antarabangsa tahun lalu menuduh Duterte melakukan jenayah kemanusiaan, yang dinafikan presiden itu. - AFP

791 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »