Khamis, 11 Januari 2018 | 8:40pm
Penempatan baharu Yahudi di Tebing Barat.

Israel jejas usaha penyelesaian konflik

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel meluluskan lebih 1,100 penempatan baharu Yahudi di Tebing Barat, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Peace Now.

Kelulusan diberikan semalam oleh jawatankuasa Kementerian Pertahanan, yang mempunyai kuasa berhubung pembinaan penempatan.

Kira-kira 352 rumah mendapat kelulusan muktamad, manakala yang lain dalam tahap awal proses, kata jurucakap Peace Now, Hagit Ofran.

Keseluruhan 1,122 unit rumah, termasuk tujuh yang sedia ada diberikan kelulusan retroaktif.

Ofran berkata, majoriti kelulusan adalah untuk penempatan jauh ke dalam Tebing Barat, yang sepatutnya dikosongkan Israel berdasarkan terma penyelesaian konflik Israel-Palestin.

"Tindakan membina penempatan di kawasan yang sepatutnya dikosongkan oleh mereka menjejaskan usaha penyelesaian konflik kedua-dua negara," katanya. - AFP

327 dibaca
Berita Harian X