Rabu, 24 Januari 2018 | 1:27am

17 pelarian Syria maut akibat kesejukan melampau

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 17 rakyat Syria yang melarikan diri ke Lubnan meninggal dunia disebabkan kesejukan melampau dan ribut salji di sempadan sejak minggu lalu, kata pegawai keselamatan Lubnan semalam.

Agensi berita ANI melaporkan, 'mayat pelarian wanita Syria yang meninggal dunia akibat kesejukan' ditemui di wilayah sempadan.

Penemuan terbaru itu meningkatkan angka kematian seumpama itu sejak Jumaat lalu kepada 17.

Tentera dan perkhidmatan pertahanan sivil berkata Jumaat lalu, mayat beku dua kanak-kanak dan enam wanita antara 10 rakyat Syria yang ditemui, dan angka kematian bertambah hujung minggu lalu.

Lubnan, negara yang mempunyai empat juta penduduk, menjadi hos kepada tidak sampai sejuta rakyat Syria yang mendapatkan perlindungan daripada perang di negara mereka sejak 2011.

Agensi kanak-kanak, UNICEF, Sabtu lalu berkata ia mengedarkan selimut, baju panas dan alat pemanas kepada pelarian. - AFP

1379 dibaca
Berita Harian X