Ahad, 11 March 2018 | 9:49pm
RAJA Salman, mengarahkan penubuhan jabatan khas di pejabat pendakwa raya umum untuk menyiasat dan mendakwa kes rasuah. - Foto Reuters

Jabatan khas siasat, dakwa kes rasuah

DUBAI: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman, mengarahkan penubuhan jabatan khas di pejabat pendakwa raya umum untuk menyiasat dan mendakwa kes rasuah, kata pejabat penerangan kerajaan dalam kenyataan hari ini.

Tindakan bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kepantasan proses memerangi rasuah, kenyataan memetik Peguam Negara, Sheikh Saud al-Mujib, sebagai berkata. - Reuters

1859 dibaca
Berita Harian X