Isnin, 12 March 2018 | 5:54pm
- Foto hiasan

Mayat bayi diawet dalam botol

TOKYO: Pihak berkuasa Tokyo menyiasat penemuan misteri beberapa mayat bayi yang ditemui diawet di dalam botol kaca dengan sebahagian lengkap dengan tali pusat di sebuah rumah, di sini.

Menurut agensi berita Kyodo, semalam, mayat bayi itu ditemui pekerja penghapus anai-anai di sebuah rumah yang diubahsuai.

Menurut laporan itu, tiga atau empat botol yang mengandungi mayat bayi itu ditemui di bawah lantai rumah yang ditinggalkan selama tiga tahun.

Seorang pakar obstetrik dipercayai tinggal di rumah berkenaan sebelum ia tinggalkan dan kini diubahsuai oleh pemilik barunya.

Mayat bayi yang ditemui itu dipercayai direndam dalam cecair Formaldehyde, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawet. - Agensi

1130 dibaca
Berita Harian X