Isnin, 16 April 2018 | 5:12pm
Park Geun-hye. - Foto AFP

Bekas Presiden Korea Selatan enggan rayu hukuman

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dipercayai membatalkan hasratnya untuk mengemukakan rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan ke atasnya selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Menurut agensi berita Yonhap, dokumen penarikan permohonan rayuan itu sudah diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, menurut pegawai mahkamah, kes itu tetap bakal didengar di mahkamah selepas pihak pendakwaan menfailkan rayuan minggu lalu, atas alasan Geun-hye mengelak daripada dikenakan pertuduhan tertentu secara tidak adil.

Baru-baru ini, mahkamah rendah di sini, menjatuhi hukuman penjara 24 penjara terhadap Geun-hye atas pelbagai pertuduhan, termasuk rasuah, pemerasan dan penyalahgunaan kuasa.

Namun, beliau menafikan segala pertuduhan berkenaan.

Sementara itu, peguam Geun-hye gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara ini. - Reuters

437 dibaca
Berita Harian X