Selasa, 17 April 2018 | 5:52pm

6 maut pertempuran di sempadan Iran-Pakistan

TEHRAN: Masing-masing tiga anggota militan dan pihak keselamatan Iran dilaporkan terbunuh dalam pertempuran yang berlaku semalam, di sepanjang sempadan Iran-Pakistan, lapor agensi berita tempatan, IRNA, hari ini.

"Pada jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan), sekumpulan pengganas dari Pakistan menyerang pusat pemeriksaan polis di kawasan sempadan Mirjaveh, kira-kira 75 kilometer di tenggara Zahedan, iaitu ibu negara wilayah Sistan-Baluchistan," lapor IRNA.

Katanya, insiden itu menyebabkan tiga penyerang terbunuh, selain seorang pegawai polis dan dua pengawal revolusi.

Sebelum ini, Iran mengkritik Pakistan kerana menyokong kumpulan militan Jaish al-Adl, yang dituduh mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan melancarkan pelbagai serangan di Sistan-Baluchistan. - AFP

387 dibaca
Berita Harian X