Jumaat, 11 Ogos 2017 | 9:18pm
CANSELOR Jerman, Angela Merkel. - Foto REUTERS

Merkel tolak kekerasan isu Korea Utara

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel berkata beliau menentang sebarang penggunaan kekerasan bagi menyelesaikan konflik dengan Korea Utara, selepas Presiden Donald Trump berkata, tentera Amerika Syarikat kini dalam keadaan bersiap sedia.

Merkel berkata, beliau tidak dapat membayangkan satu penyelesaian ketenteraan terhadap konflik itu sebaliknya tugas konsisten pemantauan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Jerman akan mengambil bahagian secara intensif dalam pilihan penyelesaian yang bukan ketenteraan namun saya beranggapan peningkatan lisan adalah satu tindak balas yang salah," katanya ketika ditanya tweet terbaru Trump berhubung isu Korea Utara. - AFP

339 dibaca
Berita Harian X