Khamis, 7 September 2017 | 9:45am
Foto hiasan

Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas di Wales

BENGALURU: Seorang juruterbang maut, selepas pesawat ringan dipandunya terhempas di Lapangan Terbang Caernarfon di Wales.

Polis Britain dalam mesej yang dimuat naik di Facebook berkata, juruterbang terbabit maut apabila pesawat ringan yang dipandunya terbakar, sebaik sahaja terhempas di landasan lapangan terbang berkenaan.

"Pihak berkuasa sudah mengawal lokasi kejadian dan kami meminta orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan itu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan mengendalikan insiden berkenaan," kata Ketua Inspektor Polis Wales Utara, Sharon McCairn. - Reuters

194 dibaca
Berita Harian X