Jumaat, 8 September 2017 | 2:12am
Richard Branson

Pulau persendirian Richard Branson musnah dilanda Irma

LONDON: Hartawan Britain, Richard Branson, semalam berkata 'semua rumah' di pulau persendirian miliknya di Caribbean dilanda Taufan Irma, menyebabkan ia 'musnah sama sekali'.

"Kami berlindung daripada taufan paling kuat dalam ruang bawah tanah konkrit di Necker dan amat, amat beruntung kerana ia teguh.

"Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti taufan ini. Necker dan seluruh kawasan itu musnah sepenuhnya," kata pengasas empayar perniagaan Virgin itu dalam blog, menambah beliau dan pekerjanya selamat.

Beliau juga berkata, masih menilai kerosakan tetapi seluruh rumah dan pokok hilang.

"Di luar kubu, pintu bilik air dan bilik tidur dan tingkap terbang sejauh 12 meter.

"Saya bercakap menerusi telefon satelit yang masih berfungsi, tetapi semua komunikasi lain terjejas," katanya.

Branson berkata, syarikatnya membuat sumbangan kepada Palang Merah Britain dan penerbangan Virgin Atlantic ke Antigua semalam membawa bekalan bantuan termasuk selimut dan air botol. - AFP

12921 dibaca
Berita Harian X