Isnin, 11 September 2017 | 8:36pm

Facebook didenda AS$1.4j

MADRID: Pemantau perlindungan data Sepanyol, hari ini mendenda Facebook sebanyak AS$1.4 juta (RM5.88 juta) kerana gagal menghalang data pengguna daripada diperoleh pengiklan.

Facebook mengumpulkan data peribadi daripada penggunanya di Sepanyol tanpa memperoleh kebenaran dan tanpa memaklumkan kepada mereka bagaimana maklumat itu digunakan, kata Agensi Perlindungan Data Sepanyol dalam kenyataan. - AFP

1520 dibaca
Berita Harian X