Sabtu, 11 November 2017 | 9:24pm
PRESIDEN Vladimir Putin. - Foto Reuters

Semua itu fantasi - Putin

DANANG: Presiden Vladimir Putin, menyifatkan tuduhan Moscow campur tangan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, terutama berhubung dengan pasukan kempen Presiden Donald Trump, sebagai fantasi dan cubaan merendahkan beliau.

Pentadbiran Trump digegarkan dengan dakwaan Moscow membantu hartawan itu memenangi persaingan ke Rumah Putih, dengan bekas pembantu utamanya disiasat AS atas dakwaan bersubahat dengan Kremlin.

"Semuanya mengenai campur tangan Russia di AS adalah manifestasi pergelutan politik domestik berterusan," katanya kepada wartawan di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Vietnam.

Putin juga mengaku menyedarinya apabila ditanya jika beliau mengikuti siasatan mengenai hubungan antara anggota pasukan Trump dan Russia, termasuk wanita yang didakwa anak saudaranya.

"Menyentuh beberapa kaitan saudara saya dengan anggota pentadbiran atau pegawai, saya cuma mengetahuinya kelmarin menerusi jurucakap saya, Dmitry Peskov.

"Saya tidak tahu mengenainya. Saya rasa semua itu fantasi," katanya. - AFP

823 dibaca
Berita Harian X