Rabu, 15 November 2017 | 1:48am
Berlian "Art of de Grisogono," pada rantai zamrud semasa pratonton jualan lelongan Christie di Geneva, Switzerland pada 8 November lalu. - Foto REUTERS

Berlian terbesar cecah AS$25j dilelong di Geneva

GENEVA: Berlian terbesar pernah ditawarkan di pusat lelongan, dilelong di Geneva petang semalam, dengan bidaan dijangka mencecah AS$25 juta (RM104 juta).

Berlian sempurna 'sensasi' 163.41 karat, tergantung pada rantai leher zamrud dan berlian bergelar The Art of Grisogono, antara yang menjadi tumpuan pada lelongan barang kemas musim luruh pusat lelongan Christie's.

"Hingga kini, ia adalah berlian sempurna D terbesar pernah ada untuk jualan pada majlis lelongan," kata Christie's apabila ia mula mengumumkan permata itu menjadi sebahagian penjualan tahunan Magnificent Jewels.

Christie's berkata, ia menjangkakan 'penghasilan mutu kerja yang indah itu' mencecah kira-kira AS$25 juta, dengan pakar lain berkata ia mungkin mencapai jumlah dua kali ganda.

Berlian sempurna jenis 11A itu dipotong daripada batu kasar 404 karat yang ditemui Februari 2016 di lombong Lulo di Angola, berlian putih ke-17 paling besar pernah ditemui.

Batu kasar itu dianalisis di Antwerp dan dipotong di New York, menyaksikan sepasukan 10 pakar pemotong berlian terbabit dalam pemetaan, merancang, mengekalkan, pemotongan dengan laser dan menggilap batu besar itu menjadi berlian digilap sempurna.

Sepasukan pakar barang kemas mewah Switzerland, de

Grisogono, kemudian menghasilkan 50 rekaan berbeza untuk berlian 163.41 karat itu, sebelum memilih rantai leher dengan permata itu sebagai pusatnya.

"Ia mengambil masa 1,700 jam untuk menghasilkan barang kemas unik ini dan membabitkan sepasukan 14 tukang," kata Christie's. - AFP

859 dibaca
Berita Harian X