Rabu, 15 November 2017 | 1:53pm

6 maut pesawat terhempas di Russia

MOSCOW: Enam terbunuh selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di wilayah timur Russia, Khabarovsk, awal pagi tadi, lapor agensi media negara itu.

Menurut agensi berita RIA, pesawat L-410 itu dinaiki tujuh penumpang, termasuk dua anak kapal.

Bagaimanapun, seorang penumpang kanak-kanak dilaporkan terselamat, namun keadaannya dipercayai kritikal. - Reuters

618 dibaca
Berita Harian X