Khamis, 7 Disember 2017 | 9:54pm
KUMPULAN Lego (Lego) menang kes yang dikemukakan kepada dua syarikat pengeluar jenama Bela, yang menjual alat permainan menyamai siri koleksi LEGO Friends keluarannya.

Cap dagang Lego diiktiraf di China

COPENHAGEN: Kumpulan Lego (Lego) menang kes yang dikemukakan kepada dua syarikat pengeluar jenama Bela, yang menjual alat permainan menyamai siri koleksi LEGO Friends keluarannya.

Kes itu adalah yang pertama dimenangi syarikat pengeluar permainan dari Denmark itu dalam persaingan hak cipta di China.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi Beijing membuat keputusan untuk mengiktiraf logo Lego dalam bahasa Cina, sekali gus memberi kelebihan kepada syarikat itu dalam sebarang pelanggaran terhadap cap dagangnya.

"Mahkamah Tengah Shantou di China, turut memutuskan bahawa beberapa produk Bela memang melanggar hak cipta Lego dan pengeluaran serta penjualan produk itu adalah satu persaingan yang tidak adil," kata Lego dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, mahkamah juga menegaskan bahawa Lego dilindungi mengikut undang-undang anti-persaingan tidak adil di China untuk penampilan unik dalam pembungkusan beberapa produk keluarannya, iaitu LEGO Friends. - Reuters

161 dibaca
Berita Harian X