Jumaat, 8 Disember 2017 | 1:02am

Polis Itali berkas lelaki racun ahli keluarga

ROME: Polis Itali memberkas seorang lelaki yang dikatakan menggunakan talium, bahan dalam racun tikus, untuk membunuh datuk, nenek dan ibu saudaranya yang didakwanya sebagai 'pengotor'.

Pendakwa raya bandar Monza, Maria Luisa Zanetti, berkata Mattia Del Zotto, 27, berbuat demikian bagi menghukum mereka yang tidak tahu menjaga kebersihan.

Del Zotto dilaporkan membeli talium dari sebuah syarikat di Padua berhampiran Venice dan menaburnya ke dalam minuman dan makanan semua mangsa.

Datuk dan neneknya, masing-masing berusia 94 tahun dan 88 tahun, serta ibu saudaranya yang berusia 62 tahun meninggal dunia pada Oktober lalu, selepas beberapa minggu terdedah kepada racun itu.

Dia juga dikatakan turut meracun lima lagi ahli keluarganya yang kini dirawat di hospital. - AFP

451 dibaca
Berita Harian X