Jumaat, 12 Januari 2018 | 8:05am

Pengawal pantai Itali selamatkan pendatang

ROME: Perkhidmatan pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 264 pendatang yang menaiki bot dari pantai Calabria, iaitu taktik terbaharu yang digunakan penyeludup untuk membawa masuk imigran.

Menurut jurucakap perkhidmatan pengawal pantai, bot berkenaan dikesan sebuah pesawat milik agensi sempadan, EU Frontex sebelum penumpangnya diselamatkan di luar bandar Crotone.

Katanya, ia dipercayai dalam perjalanan dari Turki, sebelum dibantukan beberapa bot penyelamat dengan kerjasama kapal British yang bekerja dengan Frontex.

Pada Disember 2014 hingga Januari 2015, penyeludup meninggalkan kira-kira enam kapal besar yang membawa ratusan pendatang di perairan Itali, selepas meletakkan tetapan kapal berkenaan kepada pengemudi automatik.

Bot berkenaan baru memulakan perjalanannya di Turki.

"Jarang kapal besar dilihat di zon ini melainkan perahu layar, " kata jurucakap berkenaan.

Tahun 2017 disifatkan detik perubahan bagi Itali yang menyaksikan ketibaan skala besar pendatang bagi tempoh enam bulan pertama, sebelum jurang itu semakin berkurangan.

Ia berpunca daripada perjanjian kontroversi dengan Libya, lokasi asal bot terbabit.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 119,00 orang mendarat di Itali dan jumlah berkenaan kira-kira 35 peratus lebih rendah berbanding 2016.

Diisytihar sebagai laluan berbahaya, bulan ini sahaja menyaksikan sekurang-kurangnya 10 pendatang terkorban, manakala 150 lagi termasuk kanak-kanak dipercayai hilang di perairan Libya - AFP

297 dibaca
Berita Harian X