Rabu, 24 Januari 2018 | 12:33am
Pegawai polis mengawal di halaman sekolah di North Rhine-Westphalia, Berlin selepas polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun yang disyaki membunuh rakan sekolahnya. - Foto AFP

Polis tahan remaja 15 tahun disyaki bunuh rakan

BERLIN: Polis Jerman menahan remaja lelaki berusia 15 tahun hari ini yang disyaki membunuh rakan sekolahnya, dengan motif yang belum dapat dipastikan.

Laporan media menyebut, remaja itu tidak menentang ketika polis mengesannya menerusi pencarian dengan helikopter dan menangkapnya.

Pendakwa raya berkata, siasatan awal menunjukkan remaja lelaki itu tidak merancang mengamuk di sekolah di negeri North Rhine-Westphalia.

Polis berkata, mereka tidak dapat memberikan maklumat kecederaan yang menjadi punca kematian mangsa berusia 14 tahun itu.

"Siasatan masih berterusan," kata polis mengenai pembunuhan di sekolah tinggi Kaethe Kollwitz yang mempunyai 1,000 pelajar.

Media Jerman berkata, kedua-dua remaja yang terbabit dalam kes berkenaan adalah warga negara itu, dengan suspek juga memegang kerakyatan Kazakhstan.

Menurut akhbar Bild, suspek menikam mangsa di leher dengan pisau di depan ibunya. - AFP

464 dibaca
Berita Harian X