Khamis, 22 Februari 2018 | 9:03pm

Kelemahan pemimpin punca keganasan di Myanmar

LONDON: Krisis di Myanmar dan laporan pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Rohingya akan akibat masyarakat digalakkan supaya saling membenci dan kekurangan kepemimpinan global mengenai hak asasi manusia.

Pergerakan Amnesty International, dalam laporan tahunannya meliputi 159 negara menyatakan, retorik dipenuhi kebencian oleh pemimpin membolehkan diskriminasi ke atas golongan minoriti dilakukan.

"Kami melihat akibat buruk apabila masyarakat digalakkan saling membenci, menjadi kambing hitam dan kebimbangan minoriti dilahirkan dalam kempen pembersihan etnik oleh tentera ke atas penduduk Islam Rohingya," kata Setiausaha Agung Amnesty International, Salil Shetty.

Minggu lalu, Amerika Syarikat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan tanggungjawab ke atas tentera Myanmar apa yang dikatakannya pembersihan etnik Islam Rohingya.

Hampir 690,000 penduduk Rohingya melarikan diri dari Rakhine dan mendapatkan perlindungan di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan gerakan ke atas militan akhir Ogos lalu, menurut PBB.

Lebih 6,500 Rohingya kini terkandas di wilayah tidak dituntut antara Myanmar dan Bangladesh.

Amnesty berkata, komuniti antarabangsa gagal memberi reaksi tegas kepada jenayah kemanusiaan dan jenayah perang dari Myanmar hingga ke Iraq, Sudan Selatan, Syria dan Yaman. - Reuters

257 dibaca
Berita Harian X