Ahad, 11 March 2018 | 11:36pm
ANGEL Cruz (tengah) dan Patricia Ramirez (kiri), ibu bapa kepada Gabriel Cruz (gambar belakang) ketika perhimpunan untuk meminta anaknya itu pulang ke rumahnya di Almeria, selatan Sepanyol, 8 Mac lalu. Polis Sepanyol menemui mayat Gabriel dalam bonet kereta ibu tirinya, hari ini. - Foto EPA

Mayat budak lelaki dalam kereta ibu tiri

MADRID: Polis Sepanyol menemui mayat budak lelaki berusia lapan tahun dalam bonet kereta ibu tirinya, kata kerajaan hari ini, dalam kes yang menarik perhatian negara itu.

Ratusan pegawai digerakkan untuk mencari Gabriel Cruz selepas dia dilaporkan hilang lewat Februari lalu di kampung Las Hortichuelas di tenggara Sepanyol.

"Pagi ini, Pengawal Sivil menahan isteri kepada bapa Gabriel ketika membawa mayat budak lelaki itu dalam bonet keretanya," kata Menteri Dalam Negeri, Juan Ignacio Zoido.

Notis orang hilang dengan gambar budak itu tersenyum menjadi tular di Sepanyol menerusi perkhidmatan mesej telefon bimbit dan media sosial.

Perdana Menteri, Mariano Rajoy, mengucapkan takziah menerusi Twitter.

"Saya berkongsi kesedihan kehilangan Gabriel dengan semua rakyat Sepanyol," katanya. - AFP

3565 dibaca
Berita Harian X