Isnin, 16 April 2018 | 1:28am
PRESIDEN Russia, Vladimir Putin. - Foto EPA

Putin jangka kekacauan global jika Barat serang Syria

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran semalam bahawa serangan lanjut Barat terhadap Syria akan menimbulkan kekacauan global, ketika wujud petunjuk bahawa Moscow dan Washington cuba memperbaiki krisis perhubungan terburuk sejak bertahun-tahun.

Putin membuat kenyataan itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatan beliau dari Iran, Hassan Rouhani selepas Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria kelmarin ekoran dakwaan serangan gas beracun.

Kenyataan Kremlin berkata, Putin dan Rouhani bersetuju bahawa serangan Barat menjejaskan peluang mencapai penyelesaian politik dalam konflik selama tujuh tahun yang membabitkan pelbagai itu dengan korban sekurang-kurangnya separuh juta orang.

"Vladimir Putin menekankan bahawa jika serangan Barat yang bertentangan dengan Perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berterusan, ia akan membawa kepada kekacauan dalam hubungan antarabangsa," menurut kenyataan Kremlin. - Reuters

906 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »