Sabtu, 2 September 2017 | 7:41pm
FOTO hiasan.

Merpati penghantar dadah ditembak

BUENOS AIRES: Polis Argentina menembak mati burung merpati yang dilatih menghantar dadah kepada banduan, kata pihak berkuasa penjara semalam.

Ia dikesan terbang ke pekarangan penjara di Santa Rosa, tengah Argentina, kata sumber Perkhidmatan Penjara Persekutuan.

Pegawai menembak mati merpati itu dan mendapati ia membawa bungkusan berisi pil dan ganja.

Perkhidmatan penjara melaporkan pada 2013 bahawa penyeludup dadah menggunakan merpati terlatih, sebahagiannya boleh melakukan sehingga 15 penghantaran sehari, kata pihak berkuasa.

Penyeludup cuba memastikan burung merpati terlepas dengan membebaskan banyak haiwan itu sebagai sebahagian acara tempatan. - AFP

9046 dibaca
Berita Harian X