Isnin, 4 September 2017 | 10:29pm
Duta Jepun ke PBB, Koro Bessho. - Foto AFP

Jepun gesa PBB lulus sekatan baharu

NEW YORK: Jepun menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu supaya bersetuju terhadap rancangan menderaf resolusi sekatan baharu bagi menghukum Korea Utara susulan ujian nuklear keenamnya semalam.

Duta Jepun ke PBB, Koro Bessho berkata, sebelum mesyuarat tergempar majlis berkenaan, pihaknya kini sudah kesuntukan masa.

"Korea Utara perlu diberi tekanan, jika mereka terus berdegil, ada akibat yang perlu diterima," katanya kepada media di sini, hari ini. -AFP

424 dibaca
Berita Harian X