Isnin, 23 Oktober 2017 | 1:46am

11 dijatuhi hukuman bunuh di Mesir

KAHERAH: Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 11 individu yang dituduh menyertai organisasi pengganas dan cuba membunuh dua anggota polis, kata seorang pegawai kehakiman.

Mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 25 tahun kepada 14 tertuduh lain dan penjara 10 tahun ke atas seorang pesalah juvana, atas kesalahan sama.

Semua tertuduh didakwa menyertai 'operasi pengganas' dan cuba membunuh dua pegawai polis pada 2014. Mereka juga didakwa kerana memiliki dan mengeluarkan bahan letupan.

Semua 21 pesalah hadir di mahkamah termasuk tujuh yang dijatuhi hukuman mati. Lima dijatuhi hukuman tanpa kehadiran mereka termasuk pesalah juvana serta pesalah lain yang dijatuhi hukuman mati.

Semua defendan dituduh melakukan keganasan susulan rampasan kuasa didalangi tentera ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi. - AFP

650 dibaca
Berita Harian X