Selasa, 31 Oktober 2017 | 10:20am
Foto hiasan

Gempa bermagnitud 7.0 di New Caledonia

SYDNEY: Satu gempa bumi bawah laut bermagnitud 7.0 melanda hampir dengan New Caledonia di Pasifik Selatan, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii dan Pusat Amaran Bersama Tsunami Australia berkata, gempa pada kedalaman cetek 15 kilometer di dasar laut itu tidak mencetuskan tsunami.

Pusat gempa terletak 117.48 kilometer di timur bandar Tadine di Loyalty Islands, sebahagian wilayah New Caledonia milik Perancis.

Jurucakap kerajaan di Noumea, ibu kota New Caledonia serta kakitangan dua hotel dihubungi Reuters berkata, mereka bagaimanapun tidak merasai gegaran berkenaan.

Sementara itu, AFP dalam laporannya memetik pakar seismologi sebagai berkata, gempa bermagnitud 6.8 melanda kawasan sama.

Gempa terbabit berlaku pada kedalaman 29 kilometer pada jarak 253 kilometer dari ibu kota Nouema dan 109 kilometer dari Tadine di Loyalty Islands.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman terkini tsunami dengan pakar mengatakan gegaran dirasai namun tiada kerosakan dijangka. -Reuters/AFP

366 dibaca
Berita Harian X