Rabu, 8 November 2017 | 10:59am
Jimmy Morales. - Foto AFP

Desak Presiden Guatemala letak jawatan

GUATEMALA CITY: Ratusan penunjuk perasaan menghalang jalan raya di Guatemala, semalam bagi mendesak Presiden Jimmy Morales meletakkan jawatan atas tuduhan rasuah yang tercetus sejak kempen pilihan raya pada 2015.

Sebahagian besar daripada penunjuk perasaan terbabit adalah masyarakat pribumi dan penduduk dari kawasan luar bandar.

Menurut pihak berkuasa jalan raya kebangsaan, sekurang-kurangnya tujuh lokasi di beberapa jalan utama di negara Amerika Tengah itu dihalang penunjuk perasaan.

Pemimpin penganjur kumpulan penunjuk perasaan, Neftali Lopez, berkata penunjuk perasaan mahu Morales meletakkan jawatan kerana terbabit dalam rasuah, jenayah terancang, menyingkir anggota Kongres, selain siasatan rasuah terhadap Datuk Bandar Guatemala City dan bekas Presiden, Alvaro Arzu. - AFP

266 dibaca
Berita Harian X