Khamis, 9 November 2017 | 9:04am
18 orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di barat daya Colombia, akibat hujan lebat dan masalah infrastruktur. - Foto EPA

4 maut, 18 hilang tanah runtuh di Colombia

BOGOTA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala 18 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di barat daya Colombia, akibat hujan lebat dan masalah infrastruktur.

Kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan luar bandar dan pergunungan di Colombia, khususnya ketika musim hujan.

Pada April lalu, lebih 300 orang terkorban dalam insiden tanah runtuh di Mocoa, Putumayo.

Sementara itu, penduduk menyatakan rasa kesal dengan kegagalan pihak berkuasa mengeluarkan amaran awal mengenai banjir kilat pada Selasa lalu di bandar Corinto.

Video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan air membanjiri jalan raya, selain menolak lumpur dan batu ke dalam bangunan.

Presiden Juan Manuel Santos yang mengunjungi Corinto semalam, berjanji untuk menyalurkan bantuan segera kepada 30,000 penduduk, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa yang hilang. - REUTERS

252 dibaca
Berita Harian X