Sabtu, 25 November 2017 | 9:46pm

Seorang lagi Datuk Bandar dibunuh di Mexico

COATZACOALCOS, Mexico: Seorang Datuk Bandar daerah di Veracruz, di timur Mexico dibunuh semalam, iaitu hanya empat hari selepas seorang lagi calon yang memenangi pilihan raya bagi jawatan itu dibunuh di negeri sama.

Pejabat pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan berkata, Datuk Bandar daerah Ixhuatlan de Madero yang terletak kira-kira 270 kilometer di timur laut Mexico City, Victor Manuel Espinoza dibunuh bersama empat mangsa lain, termasuk isterinya dalam serangan itu.

Namun, pihak berkuasa tidak memberikan maklumat mengenai motif serangan yang berlaku pada malam Jumaat lalu di sebatang jalan di kawasan perbandaran berhampiran ibu negeri Xapala.

Pembunuhan itu berlaku beberapa hari selepas sekurang-kurangnya 30 lelaki bersenjata membunuh Santana Cruz Bahena, calon pilihan raya datuk bandar wilayah perbandaran Hidalgotitlan.

Insiden itu dikaitkan dengan satu kumpulan penjenayah dalam kegiatan penyeludupan minyak.

Bulan lalu, tiga datuk bandar dibunuh di beberapa negeri Mexico, sementara hampir 50 pemegang jawatan sama terbunuh, sejak 2003 berdasarkan data Persatuan Datuk Bandar Nasional. - AFP

417 dibaca
Berita Harian X