Rabu, 29 November 2017 | 8:07am

Majlis Keselamatan PBB mula sidang tergempar

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal bersidang untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengambil langkah segera dengan memohon untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tindakan Pyongyang melancarkan Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) awal pagi ini.

Anggota majlis bakal mengadakan pertemuan dalam sesi terbuka bermula jam 4.30 petang waktu tempatan.

Terdahulu badan dunia itu sudah dijadualkan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan tiga pusingan baharu sekatan yang bertujuan untuk mengekang program ketenteraan Pyongyang.

Pelancaran ICBM terbaru dalam tempoh dua bulan itu ternyata mengecewakan harapan beberapa diplomat yang membuka pintu untuk mengadakan rundingan.

Pada masa sama, ia adalah kejayaan ujian ICBM kali ketiga Korea Utara yang dikatakan mampu menjangkau benua AS walaupun ada pakar mengatakan Pyongyang masih belum menguasai sepenuhnya teknologi itu.

Pentagon melaporkan hasil nilaian awal menunjukkan ICBM terbang pada jarak 1,000 kilometer. - AFP

1913 dibaca
Berita Harian X