Jumaat, 1 Disember 2017 | 7:28am
ARGENTINA menamatkan operasi menyelamat 44 kru sebuah kapal selam yang hilang sejak 15 hari lalu.- Foto Reuters

Argentina henti misi cari kapal selam

BUENOS AIRES: Argentina menamatkan operasi menyelamat 44 kru sebuah kapal selam yang hilang sejak 15 hari lalu.

Namun, ia akan terus berusaha mencari kapal selam berkenaan bersama rakan kongsi antarabangsanya, kata jurucakap angkatan laut, Enrique Balbi semalam.

ARA San Juan hanya mempunyai bekalan udara selama tujuh hari ketika melaporkan kedudukan terakhirnya pada 15 November lalu.

Ia diarahkan kembali ke pangkalan tentera laut di Mar del Plata selepas melaporkan mula dimasuki air melalui bahagian snorkel kapal selam itu.

Selepas terputus hubungan dengan San Juan, Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif yang berpangkalan di Vienna, sebuah badan antarabangsa yang mengendali rangkaian pos pendengaran global untuk memeriksa letupan atom rahsia, mengesan bunyi yang dikatakan tentera laut berkemungkinan letupan dari dalam kapal selam berkenaan. - Reuters

1730 dibaca
Berita Harian X