Jumaat, 22 Disember 2017 | 9:12am
MENTERI Pertahanan, Marise Payne. - Foto AFP

Australia tamat misi di Iraq, Syria

SYDNEY: Australia menamatkan penyertaan tentera udaranya dalam serangan di Iraq dan Syria, selepas kekalahan kumpulan militan Daesh di dua kubu kuatnya di Mosul, Iraq dan Raqa, Syria.

Menteri Pertahanan, Marise Payne, berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan tentera pakatan dan berikutan itu, enam jet pejuang hornet milik negara itu diarah pulang ke Australia.

Dalam misi sepanjang tiga tahun di Iraq dan Syria, tentera pakatan sudah melancarkan lebih 2,700 serangan udara di wilayah dikuasai militan Daesh di kedua-dua negara itu.

"Kejayaan misi menentang Daesh bermakna Operasi OKRA yang kami sertai sudah hampir sampai ke penamatnya.

"Oleh itu, pesawat perang kami akan pulang ke tanah air menjelang tahun baharu ini," kata Payne.

Bagaimanapun, katanya, 380 anggota tentera selain pesawat Wedgetail dan kapal terbang pengisi minyak akan terus membantu operasi tentera pakatan serta melatih pasukan tentera Iraq. - AFP

606 dibaca
Berita Harian X