Isnin, 25 Disember 2017 | 5:51pm
Pegawai keselamatan Afghanistan membawa kenderaan yang musnah akibat serangan bom bunuh diri di Kabul, Afghanistan. - Foto EPA-EFE

6 maut, agensi perisikan Afghanistan diserang

KABUL: Seorang pengebom bunuh diri dipercayai anggota kumpulan militan Daesh meletupkan dirinya berhampiran Agensi Perisikan Kebangsaan Afghanistan di sini, pagi tadi menyebabkan enam terbunuh dan seorang cedera.

Serangan itu seminggu selepas militan Daesh mengaku bertanggungjawab menyerang kemudahan latihan Direktorat Keselamatan Kebangsaan di Kabul.

Jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish memberitahu AFP enam orang awam yang berada dalam sebuah kereta maut sebaik penyerang meletupkan diri.

"Mangsa yang menaiki sebuah kereta diserang ketika melalui kawasan itu. Kami masih menyiasat sasaran sebenar serangan itu tetapi ia berlaku di sebuah jalan utama," kata Danish.

Kementerian Kesihatan mengesahkan angka korban itu dengan seorang dilaporkan cedera. - AFP

425 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »