Rabu, 3 Januari 2018 | 7:37pm
RAKYAT mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-kerajaan, di Iran. - Foto REUTERS

Presiden Iran optimis tunjuk perasaan berakhir

ANKARA: Presiden Hassan Rouhani hari ini menyatakan harapan, tunjuk perasaan antikerajaan akan berakhir dalam masa beberapa hari lagi.

Beliau menyatakan perkara berkenaan dalam perbualan telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan memberitahu Rouhani bahawa 'keamanan dan kestabilan' di Iran perlu dikekalkan dan berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan pemimpin Iran bahawa hak membantah tidak sepatutnya membawa kepada 'perlanggaran undang-undang.'

"Presiden Rouhani berterima kasih kepada Presiden Erdogan kerana sensitiviti beliau dan menyatakan harapan bantahan akan berakhir tidak lama lagi," menurut kenyataan sumber Istana Turki.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bersama-sama menyokong bantahan antikerajaan di Iran, Menteri Luar Turki dipetik berkata oleh penyiar CNN Turk hari ini.

Mevlut Cavusoglu juga dipetik berkata, Turki menentang sebarang campur tangan luar di Iran.

Cavusoglu berkata, Turki tidak memberi sebarang jaminan kepada Amerika Syarikat dalam menyelesaikan perbalahan yang membawa kepada kedua-dua negara menggantikan visa, lapor CNN Turk. - Reuters

403 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »