Sabtu, 13 Januari 2018 | 11:04am
- Foto http://uniteafricans.org/

Tuntut permintaan maaf Trump

NEW YORK: Sekumpulan 54 negara Afrika yang 'sangat terkejut' dengan kenyataan celupar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menggambarkan imigran negara rantau itu sebagai 'amat kotor', menggesa Trump menarik balik dakwaannya, sekali gus membuat permohonan maaf.

Selepas satu sesi perbincangan tergempar khusus membincangkan pengumuman Trump itu, sekumpulan duta Afrika ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mengenai corak pentadbiran AS yang dilihat terus mengamalkan diskriminasi warna kulit dan benua.

Kumpulan berkenaan bertegas mengutuk sebarang kenyataan tidak masuk akal, berbaur perkauman di samping prejudis yang keluar dari mulut pemimpin itu seperti dilaporkan secara meluas di media. - AFP

1137 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »