Khamis, 8 March 2018 | 9:20am

Bas jatuh gaung, sekurang-kurangnya 10 maut

LIMA : Sekurang-kurangnya 10 maut manakala lebih 20 mangsa lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terhumban sejauh 100 meter ke dalam gaung di Ayacucho, tenggara wilayah Andes, semalam.

Bas itu yang membawa lebih 50 penumpang terbalik awal pagi semalam ketika melalui Lebuhraya Interoceanic yang menghubungkan Peru dan Brazil.

Pegawai Polis Puquio, Jose Ramirez berkata, pihak berkuasa setakat ini merekodkan 10 kematian susulan nahas terbabit.

Siasatan awal mendapati bas terbabit sedang dalam perjalanan dari Lima ke Querobamba di wilayah Sucre yang terletak lebih 3,500 meter dari aras laut.

Kesemua penumpang yang cedera dibawa ke hospital di Puquio dan Huanta, iaitu dua pekan terhampir dengan lokasi kejadian.

Sebanyak 97 nyawa terkorban sebelum ini, masing-masing pada Januari dan Februari lalu dalam dua nahas membabitkan jenis kenderaan yang sama. - AFP

953 dibaca
Berita Harian X