Rabu, 14 March 2018 | 2:19pm
PERDANA Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill menenangkan mangsa gempa bumi di Tari, Hela. - Foto AFP

Gempa di PNG bulan lalu ragut 125 nyawa

SYDNEY: Jumlah angka kematian dalam kejadian gempa bumi di Papua New Guinea (PNG) bulan lalu, meningkat kepada 125 mangsa.

Menurut polis, berbanding 100 kematian yang dicatatkan minggu lalu, kadar itu meningkat kepada 125 mangsa selepas lebih banyak laporan diterima dari kawasan pedalaman.

Gempa berukuran 7.5 magnitud yang melanda negara itu pada 26 Februari lalu memusnahkan banyak kediaman dan menyebabkan tanah runtuh, hingga menyukarkan usaha menyelamat di kawasan pedalaman.

"Berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa pusat kawalan, seramai 45 mangsa disahkan meninggal dunia di Southern Highlands, manakala 80 kematian lagi dicatatkan di wilayah Hela.

"Namun, angka itu dijangka meningkat, sebaik sahaja jumlah semua penduduk yang hilang diperoleh," kata Pasukan Konstabel Diraja Papua New Guinea dalam satu kenyataan. - AFP

557 dibaca
Berita Harian X