Sabtu, 14 April 2018 | 1:22pm
PELURU berpandu mensasar pangkalan tentera di Homs berjaya dipintas, menyebabkan ia terkeluar dari laluan dan mencederakan tiga orang awam. - Foto Reuters

Enam sasaran dikenal pasti

Beirut: Pangkalan udara di barat Damsyik dekat sempadan Lubnan antara yang terkena serangan bersama Amerika Syarikat, Perancis dan Britain hari ini.

Menurut pemerintah tentera sekutu Presiden Bashar al-Assad, pangkalan udara itu ialah al-Shirai di al-Dimas.

Serangan itu juga mengenai satu lokasi Masyaf, kira-kira 170 kilometer di utara Damsyik, depoh tentera di wilayah Qalamoun dan Kisweh dekat Damsyik serta satu lokasi di pergunungan Qasyoun menghadap ibu negara Syria.

Media Syria turut menyatakan serangan itu mengenai kemudahan penyelidikan saintifik di Damsyik yang menurut Pentagon menjadi pusat membangun, mengeluar dan menguji senjata kimia serta biologi.

Namun, menurut laporan media Syria, hanya kerosakan harta benda berlaku dalam serangan itu.

Agensi berita SANA melaporkan serangan itu memusnahkan bangunan menempatkan pusat penyelidikan dan makmal.

Peluru berpandu mensasar pangkalan tentera di Homs berjaya dipintas, menyebabkan ia terkeluar dari laluan dan mencederakan tiga orang awam. - Reuters

472 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »