Rabu, 22 Ogos 2018 | 10:50am
JULIE Anne Genter selamat melahirkan bayi lelaki, selepas menunggang basikal ke hospital dan menjadi menteri kerajaan kedua selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern melahirkan bayi tahun ini. - Foto AFP

Menteri New Zealand dapat bayi lelaki

WELLINGTON: Menteri Wanita New Zealand, Julie Anne Genter selamat melahirkan bayi lelaki, selepas menunggang basikal ke hospital dan menjadi menteri kerajaan kedua selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern melahirkan bayi tahun ini.

Genter melahirkan bayi lelaki pada petang Selasa di Hospital Auckland, hospital umum yang sama tempat Ardern melahirkan bayi perempuannya, Neve Te Aroha, beberapa minggu selepas beliau kembali bertugas.

“Suami, Peter dan saya dengan rasa gembira mengalu-alukan orang baru dalam keluarga kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sokongan dari bidan dan sistem kesihatan awam kita. Nama bayi masih belum dikeluarkan,” kata Genter.

Genter, 38, mengumumkan pada Februari lalu bahawa beliau hamil, berkongsi kehamilannya sebulan sebelum Ardern.

Memiliki dua anggota kerajaan yang hamil dianggap diterima orang ramai sebagai simbol kemajuan untuk peranan sebagai pemimpin dan Ardern adalah pemimpin pertama yang dipilih di dunia melahirkan bayi selepas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto pada 1990. - Reuters

799 dibaca
Berita Harian X