Isnin, 24 September 2018 | 8:00am
James Ricketson. - Foto AFP

Pembuat filem Australia dapat pengampunan Raja Kemboja

MELBOURNE: Pembuat filem Australia yang mendapat pengampunan Raja Kemboja selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana dituduh mengintip dengan menerbangkan dron ketika perarakan pembangkang selamat tiba di Australia, semalam.

James Ricketson, 69, bulan lalu didapati bersalah kerana mengintip dan mengumpul maklumat yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara susulan kritikan oleh kumpulan aktivis.

Ricketson ditahan pada Jun 2017, selepas menerbangkan dron ketika perhimpunan Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) ketika tindakan keras dibuat terhadap kebebasan bersuara oleh kerajaan Perdana Menteri Hun Sen.

Warga Australia yang menjalani hukuman lebih setahun dipenjara, menafikan tuduhan itu dan berusaha mendapatkan pengampunan Raja Norodom Sihamoni.

Pada Jumaat lalu, Ricketson akhirnya dibebaskan dari penjara Prey Sar, Phnom Penh.

Menteri luar Australia dan keluarga Ricketson berterima kasih kepada Raja Kemboja kerana membebaskan beliau yang kerap berulang ke Kemboja selama 20 tahun. - Reuters

1474 dibaca
Berita Harian X