Ahad, 6 Ogos 2017 | 12:05am
DATUK Sheila Majid menghiburkan lebih 4,000 peminat pada persembahan Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Hafiz Sohaimi

Sheila Majid gegar Stadium Negara

KUALA LUMPUR: Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid, menghiburkan lebih 4,000 peminat pada persembahan Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 di Stadium Negara, di sini, sebentar tadi.

Kali terakhir Sheila, 52 menghiburkan peminatnya di lokasi ikonik itu adalah kira-kira 26 tahun lalu melalui Konsert Legenda.

Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu menyaksikan Sheila menyanyikan 40 lagu, termasuk rangkaian dendangan popularnya seperti Pengemis Muda, Memori, Warna, Antata Anyer Dan Jakarta, Dia, Aku Cinta Padamu dan Sinaran.

Seperti yang dijanjikan, isteri kepada pemuzik Datuk Acis ini tampil dengan tiga helai busana mewah bersilih ganti hasil rekaan pereka kegemarannya, Michael Ong.

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 profesional dan ahli muzik terhebat yang diterajui penerbit muzik tersohor, Mac Chew.

Konsert istimewa itu dianjurkan IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaiment dan disokong oleh syarikat artis Megada Entertainment.

1617 dibaca
Berita Harian X