Khamis, 14 September 2017 | 3:48pm
PENGERUSI FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (kanan) bersama isteri Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin, Puan Sri Khalijah Hamzah (dua dari kiri) meletakkan plak layar bintang FINAS Tan Sri Jins Shamsudin di FINAS, Hulu Klang. Turut sama, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob (tengah). - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Allahyarham Jins Shamsudin diabadi di Layar Bintang

HULU KELANG: Nama seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin diabadikan pada tembok peringatan, Layar Bintang di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), di sini, pagi tadi.

Allahyarham Jins yang berjuang lebih 50 tahun dalam dunia seni, menyertai 10 tokoh yang diabadikan di Layar Bintang berdasarkan sumbangan besarnya dalam memperkaya seni budaya bangsa.

Peletakan tanda nama dilengkapi tanda tangan Jins disempurnakan Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusiri Abdul Talib.

Turut hadir pada majlis itu, balu Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah serta dua anaknya iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadem.

Layar Bintang ialah tembok peringatan seperti Walk of Fame di Hollywood. Ia dibina bagi mengenang jasa seniman dan seniwati tempatan.

Allahyarham Jins meninggal dunia pada 1 Mac lalu.

Selain Jins, sembilan tokoh filem yang diabadikan ialah Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham S Roomai Nor, Allahyarham Omar Rojik dan Allahyarham Nordin Ahmad.

Turut diabadikan Allahyarham M Amin, Allahyarham A R Tompel, Allahyarham Sa'adiah, Allahyarham Rose Yatimah dan Allahyarham Ahmad Mahmood.

Terdahulu, forum bertajuk 'Imbas Kembali Jins Shamsudin' diadakan di studio Sound Stage FINAS.

Sesi itu dikendalikan juruhebah terkenal Chuari Selamat dengan ahli panel iaitu Prof Asiah Sarji, Datuk Yusof Haslam dan Adam Salleh.

1301 dibaca
Berita Harian X