Jumaat, 6 Oktober 2017 | 8:45pm

Media Prima, Disney bawa siri Marvel ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) dan perkhidmatan penstriman terbesar tanah air, Tonton, mengadakan kerjasama dengan Disney bagi membawakan siri televisyen bercorak aksi Marvel, Inhumans, ke Malaysia bermula 8 Oktober ini.

RTMP ialah saluran televisyen percuma paling popular di negara ini, yang berada di bawah syarikat media bersepadu Media Prima Berhad (MPB).

Selama bertahun-tahun, RTMP berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu siaran percuma bersama kandungan menarik perhatian dan menerima rating tontonan tertinggi.

Menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada BH Online, Pengarah Jenama, Kandungan dan Strategi RTMP, Sherina Mohamed Nordin, berkata kerjasama dengan Disney adalah selari dengan misi rangkaian televisyen terbabit untuk terus menawarkan rancangan bermutu kepada penontonnya.

Inhumans ialah siri televisyen baharu berkisar pada sekumpulan adiwira yang memencilkan diri dalam usaha mereka mempertahankan nyawa masing-masing.

Ia dibintangi oleh Anson Mount, Serinda Swan, Ken Leung, Eme Ikwuakor, Isabelle Cornish, Ellen Woglom dan ramai lagi.

791 dibaca
Berita Harian X