Isnin, 13 November 2017 | 1:10am

Dua lagu Ajai, Syamel mara ke AJL32

SHAH ALAM: Ajai dan Syamel masing-masing bakal mempertaruhkan dua lagu ciptaan mereka pada pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Februari depan.

Dua lagu ciptaan Ajai adalah Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta, nyanyian Salma dengan lirik dihasilkan Slen.


SYAMEL dan Ernie Zakri membuat persembahan pada separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


HAQIEM Rusli membuat persembahan pada separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Karya ciptaan Syamel pula adalah Lebih Sempurna dan lagu duet, Aku Cinta yang dinyanyikan bersama Ernie Zakri.

Mengiringi empat lagu itu adalah Sejati dendangan Azmi & Caliph Buskers yang dicipta Faizal Tahir dan Mike Chan; Jampi (Hael Husaini); Amboi (Altimet/Navigator); Aku Yang Sebenar (Hazama/Datuk M Nasir/Ad Samad) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli/Gouffran/Ibnu).

Tidak ketinggalan berentap di pentas AJL32 adalah lagu Bayang (Khai Bahar/Alam Harry Khalifah/Patrick Anahoda); Menahan Rindu (Wany Hasrita/Ubnu/Gouffran) dan Warkah Untukku (Ara/Hang Nadim/Laq).


WANY Hasrita membuat persembahan pada separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


PENGACARA, Sherry Al Hadad dan Hefny mengendalikan separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Senarai 12 lagu itu diumumkan sebaik berakhirnya separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sejak tiga minggu lalu, SFMM32 menyaksikan 30 karya dipertandingkan di hadapan juri profesional. Setiap minggu, sebanyak 10 lagu dipersembahkan peserta secara langsung.

Terdahulu, kumpulan 6ixth Sense, Tam Spider dan Bunkface menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan.

SFMM32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 menampilkan pasangan Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara.


FINALIS yang akan berentap pada separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Info

Lagu bersaing di AJL32

Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Jampi - Hael Husaini

Sejati - Azmi & Caliph Buskers

Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah

Amboi - Altimet

Lebih Sempurna - Syamel

Aku Yang Sebenar - Hazama

Akhiri Cinta - Salma

Menahan Rindu - Wany Hasrita

Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri

Bayang - Khai Bahar

Warkah Untukku - Ara

7530 dibaca
Berita Harian X