Ahad, 26 November 2017 | 12:51am
ARTIS, Mawi & Syamsul Yusof.. - Foto Shazreen Zamzuri

10 lagu ke peringkat akhir Anugerah Nasyid 2017

CYBERJAYA: Sebanyak 10 lagu diumumkan bertanding di peringkat akhir Anugerah Nasyid 2017 yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 13 Januari 2018.

Kesemua 10 finalis Anugerah Nasyid 2017 itu diumumkan selepas konsert separuh akhir ketiga berakhir, malam tadi.

Lagu berkenaan adalah Salam nyanyian Lah Ahmad; Penyelamat (Hafiz Hamidun); Syahadah (Fadzli Fareast); Jalan Syahadah (Daqmie); Kalah Dalam Menang (Mawi Feat Syamsul Yusof); Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka); Ana Muslim (Simfoni); Syamail Muhammadiah (UNIC); Jom Selawat (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) dan Dalam Aku (Rabbani Feat Black).

Anugerah Nasyid 2017 yang menampilkan lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan adalah program kerjasama antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Al-Hijrah, bertujuan mengiktiraf penggiat industri dalam kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terbabit dalam penghasilan karya mereka.

Kesemua 30 lagu yang dipertandingkan adalah hasil undian pendengar IKIMfm daripada segmen Carta Nasyid bermula Mac 2015 hingga Mei 2017, kata IKIM dalam kenyataannya malam ini. - BERNAMA

2946 dibaca
Berita Harian X