Rabu, 20 Disember 2017 | 1:20am
AHLI WHAM yang menghadiri mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Kuala Lumpur malam ini. - Foto ihsan WHAM

WHAM umum jawatankuasa baharu penggal 2017/2020

KUALA LUMPUR: Pengarang Hiburan Pancaindera, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin kekal sebagai Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bagi penggal 2017/2020.

Undian dilakukan ahli persatuan pada Mesyuarat Agung Tahunan WHAM 2017 di sini, malam ini.

Jawatan Naib Presiden juga kekal disandang Pengarang Hiburan Mstar, Niezam Abdullah manakala Nor Asikin Hassan dari Utusan Malaysia dipilih sebagai Setiausaha.

Raja Nurfatimah Mawar Mohamed dari Berita Harian (BH) yang sebelum ini menggalas tugas Bendahari terus mendapat mandat untuk mengekalkan jawatan itu bagi penggal kedua.

Sesi pemilihan jawatankuasa induk WHAM turut menyaksikan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir dilantik sebagai Ketua Biro Penerangan.

Pada mesyuarat itu, tujuh ahli jawatankuasa baharu dipilih iaitu Hanisah Selamat dan Fairoz Azizan dari BH; Mohammad Sudirman Mohd Tahir dan Rudy Imran (Harian Metro); Farol Mustafa (Utusan Karya); Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!) dan Syed Mussaddad Syed Mahdi (Pancaindera).

342 dibaca
Berita Harian X