Sabtu, 13 Januari 2018 | 3:35pm
GERAI Boost menyediakan aplikasi e-bayaran, Boost Apps sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Mahzir Mat Isa
GERAI Boost menyediakan aplikasi e-bayaran, Boost Apps sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - Foto Mahzir Mat Isa

Bayar tanpa tunai di Festival #GegarRia

SHAH ALAM: Pengunjung ke Festival GegaRia hari ini, berpeluang berbelanja tanpa tunai, sebaliknya menggunakan aplikasi e-bayaran, Boost Apps.

Hanya di GegaRia, pengunjung festival akan mendapat nilai kredit RM10 secara percuma dengan memuat turun aplikasi berkenaan ke telefon pintar.

Pengarah Pembangunan Strategik Axiata Digital eCode Sdn Bhd, Aiza Azreen Ahmad, berkata aplikasi itu memudahkan urusan pembelian tanpa tunai.

Katanya, dengan aplikasi itu pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR di gerai jualan dan jumlah bayaran akan ditolak dari nilai kedit yang ada.

"Di GegaRia semuanya 'cashless' (tanpa tunai). Pengunjung bawa wang dan bayar secara digital, imbas dan bayar (scan and pay) sahaja." katanya kepada BH, di sini.

Katanya, sehingga kini sebanyak 700,000 pengguna Boost direkodkan di Malaysia ejak diperkenalkan pada Januari 2017.

Pengguna boleh menambah nilai kredit dengan membuat transaksi secara dalam talian dari 17 bank yang menjadi rakan strategik Boost.

Lebih menarik, pengunjung festival boleh membeli makanan ringan seperti bertih jagung, aiskrim dan gula-gula kapas dengan harga RM1 di kiosk Boost.

Ferstival GegaRia yang berlangsung tapak letak kereta B, Setia City Convention Centredi selama satu hari bermula jam 8 pagi hingga 10 malam ini.

Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran seni 'funky' dan terowong kenangan atau 'Throwback Tunnel' selain hiburan persembahan artis popular tempatan.

Festival hari ini adalah fasa pertama dan selepas Ini, Festival GegaRia akan menjelajah ke Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru (3 Februari) dan Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada 24 Februari.

421 dibaca
Berita Harian X