Selasa, 17 Oktober 2017 | 6:44pm
PELAKON, Kamal Adli. - Foto Aziah Azmee

Jangan jadi batu api

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli meminta mereka yang rapat dengan Emma Maembong tidak bersikap batu api dalam soal hubungan mereka hingga mengeruhkan keadaan.

Kamal yang ditemui BH Online pada sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2017 di sebuah hotel di sini, sedar ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mereka.

"Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai.

"Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan," katanya.

Tambah pelakon Sha & Shah ini lagi, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.

"Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan," katanya.

Sebelum ini, hubungan Emma dan Kamal dikatakan retak selepas pelakon lelaki itu memuat naik status meminta peminat mendoakan yang baik-baik di laman Instagram.


PELAKON, Emma Maembong. - Foto Rosela Ismail

Krisis antara Kamal dan Emma dikatakan berpunca daripada kehadiran 'orang ketiga' iaitu pelakon Zahirah Macwilson ketika mereka bergandingan dalam drama Duda Pujaan Dara.

Emma pula mengunci mulut dan meninggalkan tanda tanya peminat apabila memuat naik status berbaur kecewa, baru-baru ini.

11516 dibaca
Berita Harian X